FROG atau KATAK. Apakah ia ?

July 06, 2013

Salam 1 Malaysia..

FROG pada tajuk di atas bukan la frog yang katak kaler hijau tu yer ! FROG VLE adalah virtual learning environment yang merupakan sistem yang membolehkan komunikasi antara guru, pelajar dan ibubapa. Melalui sistem ini, guru2 boleh memberi tugasan kepada pelajar dan pelajar boleh menyiapkan terus tugasan ni melalui ONLINE ! Sistem ni membolehkan sasaran KPM untuk paperless tercapai. 

Seperti biasa, sebagai guru ICT yang glamer dan bertauliah [ayat cover bagi sedap hati]..Cikgu Norazimah merupakan salah seorang admin untuk FROG VLE ni. Untuk memudahkan kerja2 cikgu yang jadi admin ni, we all juga melantik 8 orang pelajar di mana 4 orang adalah AJK website dan 4 orang lagi adalah orang baru untuk mengendalikan sistem ni supaya tugas guru menjadi lebih mudah ! [pandai kan kitorang? hehe] Masih banyak lagi yang perlu di masukkan dalam FROG ni, jadi Cikgu Norazimah tak dapat nk cerita panjang2. Nanti bila dah banyak siap baru Cikgu Norazimah akan buat official lauching yer..

Seperti biasa, sebelum sesuatu sistem diperkenalkan kepada pelajar, guru2 perlu belajar dulu mengenai sistem tersebut. Jadi pihak ICT telah menyediakan 2 slot untuk kursus FROG kepada guru2 iaitu hari Selasa (2 Julai) dan Khamis (4 Julai). Jom layanzz gambo semasa kursus tersebut yer.

URL : https://WEB0224.1bestarinet.net
p/s : Setiap sekola mempunyai url yang berbeza. Then untuk access perlu ada ID dan password yang boleh didapati dari admin FROG sekolah masing2 yer

Cikgu Ung (admin FROG dan website skola) dan Kak Su tengah sibuk bincang pe le tu

Tada ! 40% siap masa kursus tu juga ! Hehehe

Guru2 tengah sibuk layan FROG

Guru2 lagi masih sibuk layan FROG

Cikgu Norazimah sambil amik gambo event sambil bergambo syok sendiri ! Steady tak? PK 1 ada sekali tu kat belakang..hehe

Cikgu Siti Zarina selaku ketua ICT dan penceramah hari tersebut

Cikgu Rafeah selaku penceramah kedua hari tersebut tersenyum riang nampak kamera! ahaks

~ Hokay..sekian sahaja laporan untuk hari ini ! Sayang u all ! Mmuanx ! ~

CN : Berkongsilah anda atas perkara yang baik-baik. Mudah ! Cuma tekan butang LIKE/G+. Terima kasih.

You Might Also Like

2 comments

  1. Wah..baru tahu ape tu FROG..tenkiu cikgu Norazimah ^_^ Minggu depan kami guru pelatih pulak yg dgr taklimat psal FROG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. get ready ler ngn frog ni yer..banyak benda kena buat sebab pengetua leh tahu cikgu guna ke tak sistem ni..hehe

      Delete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.